Friday, April 5, 2013

UJIAN ALLAH...

Assalamualaikum... Syukur alhamdulillah sy masih diberi pluang utk m'coret dtik2 hidup ini.. bgitu lama stelah tidak dpt b'tinta disini.. Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.... Sy mulakan coretan hati sy...

Setiap orang ada impian.. Ada keinginan.. Ada kehendak masing2.. Itu semua memang fitrah manusia. Ada sahaja yang d'kehendaki. Kadangkala kita tanpa sedar meminta sesuatu yang tidak penting. Semua itu didorong oleh hawa nafsu sendiri. 
Jika nafsu zina dapat ditukarkan kepada perkahwinan m'ikut ajaran Islam.... 
Jika nafsu tamak & kedekut itu dapat ditukarkan kepada b'sedekah untuk orang lain..
Jika nafsu tempat maksiat itu dapat ditukarkan kepada tempat b'solat ...
Jika nafsu kejahatan itu dapat ditukarkan kepada kebaikan....
Jika dapat semua nafsu itu disalurkan ke arah yang baik, alangkah baiknya juga.
.
Kita diajar untuk m'syukuri setiap apa yang Allah beri. Tidak kira yang baik mahupun buruk. Kenapa yang buruk saya katakan tetap syukur?.. Kerana bilamana Allah m'berikan sesuatu itu kepada kita, ianya bukan saja2.. Allah punya sebab t'sendiri. sebab tu kita sering dengar orang b'kata "semua tu ada hikmahnya". Allah takkan uji hamba2nya tanpa tahu kemampuan hamba2nya sendiri kerana Dia Maha Mengetahui.. Cuba kita fikir sejenak.. Mengapa agaknya Allah beri kita ujian??.. Pada pendapat sy, ujian itu banyak peranannya..

1) Alat penguji kesabaran
2) Alat penguji ketaqwaan & keimanan
3) Alat penyuci dosa
4) Alat muhasabah diri
  yang lain2 itu m'ikut penerimaan masing2...

Sy juga terima macam2 ujian.. Saya terima semua itu. Jujur sy katakan sy pernah mengeluh bila diberi ujian yg begitu berat sekali pada sy. Walhal, ada insan lain yg lebih berat ujiannya. Namun, sy mula untuk sabar & kuat menerima ujianNya.. Saya anggap semua ini untuk m'dekatkan saya pada Allah.. Moga berkat kesabaran saya akan m'hapus dosa2 kecil sy, m'guatkan lg ktaqwaan,keimanan pada Allah.. Moga saya dapt m'yucikan diri & m'jadi wanita solehah.. Aaminn...

Akhir kata, sama2lah kita b'doa memohon padaNya agar kita diberi peluang untuk dekat denganNya.. Dapat m'jadi hamba yang diredhai olehNya.. 

Sekian.. wassalam.. 

No comments:

Post a Comment